Saturday, March 12, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa


Pada 12/3/2011 pukul 11 pagi... tayangan cerita ini bermula...
Pada mulanya.. aku ingat cerita ini macam membosankan.. tetapi salah telahan aku..
Jalan cerita agak menarik.. kerana mengisahkan Merong Mahawangsa...
Yup.. aku pernah dengar sejarah pasal Merong ni.. tapi tak pernah terpikir akan ada cerita dia...

Aku amat berpuas hati dengan kerja2 dari KRU....
Even ada mse tengah tgk cite ni tetibe boleh jd sakit mata sbb nak kata jalan cerita pada waktu malam je pown tak... ala2 cam subuh nak ke pagi...
Overall tak de pe yang aku nk complain...

Tapi yang lawak plak.. mse Dato' Rahim Razali nye watak..
Mula2 aku tak fikir sampai ke situ.. tapi ble kakak aku bgtau.. ha ah la...
Dia nye rambut tu dah ala2 yang Bang bang Boom gorila 2 jew... (opss.. sorry lau t'lbh)
Tapi itulah hakikatnya...

Cerita ini hanya mengisahkan Merong Mahawangsa yang menjadi penunjuk arah / penjaga putera Rom @ penjaga semasa ketiadaan pengikut putera Rom yang lain...
Sesudah mereka sampai di semenanjung emas (Langkasuka), mereka diserang oleh lanun Geruda...
Apa yang akan terjadi.. hanya di pawagam dpt menjawab hehehe....

Kesimpulannya... siapa yg belum tgk cite.. sila2la bawak diri anda melihat cerita ini..
Pasti tak menghampakan... :D

Trailer Hikayat Merong Mahawangsa


Pasti semua tahu yang OST HMM ini dinyanyikan oleh Anuar Zain...
Kat sini juga aku bagi video tok OST HMM ni...


Lirik Sedetik Lebih

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku... ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Dikala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki didunia
Asal masih adanya kamu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku... ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

No comments: