Friday, December 16, 2011

[Movie Review] Ombak Rindu & Songlap

Assalamualaikum blogger, readers..
Yup cam title yang d'beri.. baru2 ni aku sempatla tok tgk 2 movie ni..
Bagi movie Ombak Rindu aku tengok waktu malam hari rabu dan yang paling penting FULL HOUSE sampai seat depan walaupun dah berapa minggu kat wayang..
Then aku tengok Songlap khamis petang lepas aku balik kerja... walaupun hari 1st tayangan.. ok juga penonton yang ada..

Ombak Rindu


Hurm.. memang tak dinafikan cerita yang ditunggu-tunggu ramai...
Termasuk la aku juga yang memang nak tengok sangat cerita ni...
Akhirnya dapat gak aku tengok cerita ni...

Movie ni tak ikut seratus peratus novel yang 1st dan seterusnya..
Bagi aku okla movie ni.. cuma babak2 yang penting tak jadi cam dalam novel..
Aku tengok movie ni ngan abang + kakak ipar + kakak aku..
So kami berempat dah baca novelnye.. dah habis movie kami masih memperkatakan movie nye..
Biasala takkan nak buat sebiji macam novel pulak.. mesti ber2sekuel la pulak..

Movie ni mengisahkan Izzah yang dijual oleh pak ciknya...
Setelah dijual barulah Izzah menemui Hariz
Izzah hanya dianggap sebagai perempuan simpanan dan akhirnya barulah Hariz mengangkat mertabatnya..
Kisah suka duka percintaan mereka dapat dilihat dari cerita ini..

Bagi aku cerita ni ok la.. walaupun tak mengikut novel..  
Thumbs up pada semua pelakon & krew2 yang menjadikan novel ke movie..
So sape2 yang belum tonton lagi.. apa lagi tontonla..


Songlap


Sebenarnya aku nak tengok cerita Breaking Dawn part 1 .. tapi disebabkan tayangan dah tak ada (aku pun tak tahu kenapa awal sangat habis tayangan nye) so aku cari alternatif lain..
Mula2 memang la tak nak tengok biasa la pemikiran yang tipikal.. asal cerita melayu jew mesti diskriminasi..
Cerita ini tak best! Padahal Best!

Okla.. masa nak tengok cerita ni.. kami masuk lambat gara2 adalah hehehe...
Lambat pun mungkin dalam 5 minit.. masuk2 tengok Am ngan Ad jual bayi...
Terfikir gak.. cerita apa yang aku tengok ni.. Aku ingat cerita ni semata - mata songlap duit..
Memang songlap duit tapi ada cerita disebaliknya...
Dengan tagline Kerja Kotor. Sapu Bersih. for sure ingat cerita kerja kotor.. cam jual dadah..
Tapi cerita ni pasal pemerdagangan manusia...

Jalan ceritanye buat aku terfikir gak.. tapi di pengakhiran baru tahu walaupun macam tergantung..
Bagi aku Songlap lagi ok dari Ombak Rindu..
Tapi cerita Songlap ni aku x sure PG13 tak pun umum.. patutnya cerita songlap diberi PG13
Disebabkan ada aksi2 yang kurang enak.. (terasa pemikiran aku macam kolot)
Tapi itu lebih baik dari banyak terdedah takut terpesong..
Cerita ni ada mesejnya sendiri so kalau nak tahu pergilah tengok~

No comments: