Wednesday, January 11, 2012

Assalamualaikum & Hello para pembaca blog aku hehehe~
Wow.. baru tersedar yang post kali ni adalah post pertama dalam tahun 2012..
Tahniah sebab tak update masa awal2 tahun baru.. biasalah... sibuk katakan :p

2011 dah meninggalkan kita lebih kurang 11 hari..
Rasa baru semalam aku menyambut tahun baru di rumah abgku di Puchong..
Tak terasa masa berputar dengan pantas dan meninggalkan kita di belakang menempuh hari2 yang mendatang..
Apa2 pun kita teruskan hidup yang penuh dugaan dan rintangan..

Dah lama aku tak update pasal k-pop atau aku sebut kepop hehehe...
Ya.. aku masih peminat k-pop w'pun terlalu ramai yang berminat ngan k-pop..
Tapi aku dah tak seaktif dulu semasa aku berada di kolej...
Aku just mengambil tahu tentang drama w'pun tak semua drama n certain2 penyanyi..
Yup sekarang lebih banyak kump2 k-pop yang ada..
Sampai aku rasa muak.. menyampah.. dengan segala yang ada..
Mungkin juga aku jealous sbb semakin lama, umur aku makin bertambah dan kump2 k-pop semua muda2..
 Tapi itu bukanlah penyebab musabab.. mungkin era aku nk meminati k-pop makin luntur..
Kat Malaysia jew.. berapa ramai peminat2 k-pop nye..
Belum dibahagi kepada peminat2 kump tertentu.. pasti terlampau ramai pengikut sesebuah kump..
Ya.. aku akui yang aku salah seorang peminat k-pop tapi tak semua kump aku minat..
Macam aku.. for sure 2PM yang pertama, Rain, 2AM, Miss A, Mblaq dan beberapa lagi..
Aku peminat kump yg berasal dr JYP Ent.. bagi aku dorg terbaik..
Bukan la aku x minat artis dr SM ngan YG.. Ya mereka ada peminat tersendiri..
Bagi aku JYP nye artis yang memikat aku heheh terutama Rain ngan 2PM.. mereka DAEBAK!!
Dari YG aku lebih minat Big Bang dari yang lain 2NE1 pun x la menarik minat aku sangat..
SM.. SNSD ngan Suju.. hurm.. x menepati cita rasa aku hahaha...

Selalunya, Blog aku ni mesti menjadi medan aku memberi info terbaru tentang drama ngan lagu2 baru..
Tapi sekarang hanya tinggal kenangan.. 
Bagi aku.. aku hanya memuat turun drama ngan lagu tersebut untuk aku sahaja..
Bukan kedekut untuk berkongsi.. sebab diri ini sendiri tak nak mengupdate blog ni..
Dan ramai blogger2 yang memberi info tentang k-pop..
Dari aku meramaikan baik aku beri info2 yang berfaedah untuk diri aku ngan pembaca2 lain..

Aku ada persoalan yang pelik..
Bagi drama korea.. aku ni memang pemuat turun yang setia.. biasalah nak memenuhkan harddisk..
Aku hanya mendownload  drama2 tersebut dan tidak menontonnya seperti sebelum ini...
Sebelum ni aku mesti excited sangat nak download pas2 terus tengok.. tak sabar2..
Sekarang.. aku hanya mendownload sampai habis lalu tak menonton langsung..
Mengapakah? Antara drama2 yang aku download dan tak tengok..
Princess Man, Protect The Boss, Man of Honor/ Glory Jane..
Aku cuba untuk menonton tapi 1 ep pun tak habis..
Aku lebih menonton variety show dari drama..
Mungkin juga aku dah muak dengan love story nye jalan cerita..
Sebab cerita Flower Boy Ramen shop aku menontonnya.. mungkin jalan cerita yang lawak + love line..
Mungkin juga.. aku hanya mendownload dan menjadikan drama2 itu sebagai stok aku bila aku nk tengok..
Ada banyak lagi drama yang aku nak download.. cuma masa tidak memihak kat aku..

Aku tak sabar nak download Dream High 2 yang bakal ditygkn kat korea 30/1 ni..
:D