Thursday, April 25, 2013

Malaysian Driver Please Behave While Driving..

Assalammualaikum and Hello to readers...
How are you people? 
Hope all the readers fine and in good health..


My new entry.. just a little opinion to the driver..
Gosh.. terasa berbelit ayat yang aku nak guna.. so back to basic, Bahasa Melayu :D
Kali ini, post ini, tolonglah wahai pemandu kereta.. bertimbang rasalah...


Ok.. pernah tak korang yang pemandu kereta, bawa kereta dekat highway pada waktu malam, pastu kereta depan korang ni punyalah slow tahap siput walaupun taklah slow mana dengan kelajuan 110KM/J..
Dengan korang yang bawak laju entah tak tahu kejar apa, lalu korang pun high beam kereta depan korang walaupun korang jauh lagi dari kereta depan..
Rasa-rasa pernah buat tak?
Korang nak tahu apa perasan pemandu dan penumpang kereta depan, begini yew..
"Eh s***lah kereta belakang ni.. bagi high beam segala bagai.. tahulah nak pecut tapi pikir oranglah" itu ayat kereta depan..
Ok ini ayat kereta yang bertentangan pula
"Siot je kereta tu bagi high beam, ingat kau seorang je ada high beam" lalu pemandu tu bagi high beam balik..


Weh pemandu kereta, tolonglah, bertimbang rasa, akulah salah seorang penumpang dan pemandu yang terkena cahaya high beam dari kereta korang-korang ni..
Bawak kereta pakailah otak sikit.. manalah tahu ada pemandu yang tak dapat  menerima cahaya yang berlebihan.. ini boleh membuatkan kemalangan..
Ya, aku seorang yang rabun jauh, malah ada masalah dengan silau, so korang mesti faham kalau silau ni macam mana...
Jadi para pemandu, jika anda tidak reti guna segala kemudahan yang ada dekat kereta anda, baik campak lesen memandu anda dalam tong sampah..
Serious, aku menyampah kalau orang tak reti guna benda2 yang ada.. misalnya signal yang ada boleh membantu anda jika anda ingin membawa laju di lorong yang paling kanan.
Dengan menggunakan signal, pemandu lain faham jika pemandu tidak faham juga, gunalah hon yang ada..
Biar bising dari menyakitkan mata pemandu lain..

Lagi aku bengang bila kereta yang selalu high beam ni, lampu dia macam lampu rumah yang warna putih tu..
Serious yang tu buat mata aku berpinar kejap.. kalau yang warna kuning tu aku tak boleh terima juga..
Nak guna high beam bila menggunakan laluan yang gelap seperti kampung dan pastikan tiada kenderaan dari arah bertentang.. inilah masa yang sesuai nak guna high beam  :-) 

Ada lagi kesalahan pemandu, misalnya..
Keadan hujan yang terlampau lebat, lalu kamu-kamu pemandu kereta mula la menggunakan LAMPU HAZARD.. serious lampu HAZARD?
Ok, masa aku belajar nak ambil lesen ni, kegunaan lampu hazard adalah ketika masa kereta anda-anda rosak atau ada sesuatu terjadi kepada kenderaan anda..
Ok kesimpulan yang aku boleh buat, kereta anda terkena hujan yang sangat lebat maka anda terpaksa memasang lampu hazard..
Come on lah.. LAMPU HAZARD??? Korang memang tak fikir panjang..
Jika anda menggunakan lampu hazard di lorong kanan, manakala ada kenderaan yang rosak di bahu kiri jalan dan menggunakan lampu hazard, tidakkah anda terfikir mungkin kereta di kanan jalan itu rosak dan yang kiri itu tidak rosak? 
Ya mungkin ini pemikiran tipikal aku, kita semua tahu yang kat kiri tu kereta rosak dan yang kanan itu sedang memecut laju..
Sekali lagi, jika keadaan hujan yang lebat, anda pemandu hendaklah memasang lampu kenderaan anda sebagai indicator kepada kenderaan anda, dan jika anda ingin memecut didalam hujan lebat, sekali lagi gunalah signal yang ada..

Aku pun bukanlah pemandu yang berhemah, tetapi aku memikirkan perasaan pemandu lain jika aku melakukan perkara di atas..
Cuma perkara di atas, memang tidak pernah aku lakukan..
Sesekali aku langgar juga peraturan memandu, tapi tidak memudaratkan pemandu lain

Maka, para pemandu yang senior atau pun junior..
Bukan kita sahaja yang memandu kereta di jalan raya..
Jadi pandulah dengan berhemah semasa di jalan raya, jangan hanya memikirkan kenderaan anda besar atau pun mewah, maka anda berhak melakukan apa sahaja di jalan raya..
Hargailah nyawa orang lain dan nyawa anda sendiri..
Bila dah terjadi jangan salahkan orang lain, fikir kesilapan diri sendiri..

Girls and guys out there, please drive carefully and use knowledge while driving not use ur instinct..
Peace Yo!