Assalamualaikum~
Tiba-tiba malam-malam buta aku nak menaip entry ini..
Biasalah.. nak menulis ni kena ada idea baru boleh jalan..
Kalau idea tak ok.. baik tak payah nak menulis..
Actually, aku tiba-tiba nak menaip ni pun bukan pasal benda asing kat Malaysia ini..
Aku mengaku yang aku kurang tengok berita plus kurang ambil tahu hal-hal persekitaran aku..
Dunia aku internet, download, drama, lagu.. dah tak ada benda lain nak buat :p
Ok la straight to the point...
Kecoh sekejap la, mulai tahun hadapan, murid-murid sekolah dibenarkan bawa telefon bimbit @ handphone ke sekolah..
Masa keluar je benda ni.. 1 je dalam otak aku 'tak adil!'
Yes.. bagi aku tak adil..
Aku dahulu pun pernah bersekolah cuma memiliki handphone pada masa tu tak seperti sekarang..
Masa aku sekolah lagi benda ni dah di uar-uarkan cuma baru sekarang nak approve..
That time masa aku dalam tingkatan 3 atau 4 la..
Benda ni dibangkitkan sebab-sebab yang boleh diterima pakai..
But for now.. aku rasa tak perlulah telefon tu di bawa ke sekolah..
VS
Sebab, hp sekarang dah bukan macam hp dulu, hp sekarang lebih kepada pc yg boleh call, hantar sms, dan macam-macam lagilah...
Malah, murid-murid sekarang bukannya pakai hp macam zaman aku.. 3310, butterfly, pe entah lagi.. aku cuma tahu yang dua ni je la.. sebab masa tu memang ramai pakai..
Masa zaman aku, bolehlah dikatakan public phone ada lagi dan boleh guna..
Cuma ada sekali tu memang urgent gila aku nk guna, ramai yang beratur nak guna and kena time aku boleh buat panggilan kecemasan je..
Pe jadah.. aku nak telefon rumah bukan balai polis huh!
Tapi itulah hakikatnya..
Bukan aku tak pernah ada hp sendiri.. ada.. masa aku tingkatan 5 tu pun ihsan orang :D
Nak beli masa ni tak mampu, belanja pergi sekolah pun dalam lebih kurang RM1-2 je sehari
Makan-makan selebihnya simpan beli komik..
Bukan macam budak sekarang.. 100% parents yang tanggung..
Mungkin tak semua tapi ada dalam segelintir budak-budak..
Masa ada hp sendiri pun bukan tiap hari bawa pergi sekolah..
Masa kelas tambahan petang dengan sabtu ahad je la yang paling kuat nak menunjuk ada hp..
Waktu-waktu lain guna je public phone..
Mungkin kerajaan approve benda ni lambat dan memikirkan jalan yang terbaik untuk menyelesaikannya..
Okla.. bila benda ni dikuat kuasakan.. Sekolah kena tambah peraturanlah..
Peraturannya:
1. Jika telefon bimbit hilang di dalam dan sekitar kawasan sekolah, hanya murid itu sendiri yang perlu bertanggungjawab... jangan nak mengadu dengan cikgu disiplin ke, HEM ke atau terus ke pengetua.. itu adalah barang persendirian.
2. Semasa belajar dan semasa cikgu ada dalam kelas, tak kisahlah cikgu tu tido ke, makan ke, tak mengajar ke, dilarang sama sekali untuk menghantar sms, viber, whatspp ke, online ke.. masa belajar adalah untuk belajar!
3. Semasa ujian, perlulah letakkan hp anda di atas lantai 'dah rupa masuk dewan exam kat UiTM je'.. tapi tu memang perlu untuk mengelakkan murid-murid meniru...
Mungkin kena tambah lagi peraturan-peraturan yang seangkatan dengannya, supaya murid-murid tidak menyalah guna kuasa..
Apa-apa pun, semua ni ada kebaikannya cuma bila dah makin maju, semua kena maju..
Takkan kita nak tinggal di belakang...
Jepun, Korea dan lain-lain negara, dah lama mereka dibenarkan membawa hp ke sekolah..
Cuma kita sahaja yang memikirkan perlu atau tidak hp itu..
Akhir kata Majulah untuk sekolah! eyh.. hehehe...
No comments:
Post a Comment