Saturday, July 7, 2012

[Movie Review] Brave, Abraham Lincoln & Introduction to Architecture

Morning!
Aha.. dah lama aku tak buat movie review..
Almaklumla.. sejak duduk kat ceruk utara sana, wayang susah nak dapat..
So bila aku ada kelapangan dan balik ke ipoh barulah aku tengok wayang..
Serius gila aku rindu duduk kat KL.. tapi tak pe demi pelajarankan..

Aku balik Ipoh sebab stress dah lama tak balik + gap paper aku yg seminggu..
So nak kurangkan stress aku, aku pun tgk la wayang..
Time2 ni la banyak pulak cerita yang aku rasa best kat wayang tu..

Abraham Lincoln : Vampire Hunter


Sebenarnya aku tak tahu cerita apa yang ditayangkan kat wayang..
So bila aku on FB ada la orang ni update status pasal cerita ni..
Aku rasa macam interesting pulak cerita ni.. so aku decide nak juga tengok cerita ni macam mana sekalipun..
Then memang tak rugilah aku tengok cerita ni memang memuaskan..

Sinopsis:
Movie ini mengisahakan Abraham Lincoln, emaknya yang meninggal dunia akibat penyakit yang tidak dikenal pasti(actually mak dia kena gigit dengan vampire dan malam itu abraham belum tidur lagi)..
Lalu dia membesar dengan perasaan ingin membalas dendam terhadap pembunuh emaknya..
Abraham mengetahui bahawa Barts adalah pemubunuh emaknya..
Abraham merancang untuk membunuh Barts tetapi malang, Abraham tercedera dan di selamatkan oleh Strugress..
Bermula dari situlah Abraham mempelajari teknik untuk melawan dengan vampire.. 

Bagi aku, cerita ini agak berat dan diberi klasifikasi 18PL or SG..
Disebabkan aku suka dengan cerita aksi begini, berat bagaimana pun aku tetap akan layan..
Ditambah pula cerita ini seperti subjek sejarah mengenai negara Amerika..
Bab-bab sejarah memang aku tak gemar sangat.. :-P
Dari 5 bintang aku mungkin bagi dalam 3 1/5 bintang..
Ada bahagian - bahagian dalam movie ini membuatkan aku rasa mengantuk dan bosan..
Tapi aku suka tengok Abraham masa muda..
Handsome, tinggi dan segak.. tapi aku tak nak.. sebab dia dah berumur 30 tahun hehehe..

Sesiapa yang suka tengok cerita vampire, aku rasa korang patut juga tengok cerita ni.. sebab pasal vampire :-D


Brave


Brave cerita kartun yang aku rasa memberi pengajaran kepada para penonton..
Aku tak terfikir pun cerita ini ada pengajaran sebab, selalunya jika cerita kartun ni just untuk hiburan tapi kali ini tidak..

Sinopsis:
Mengisahkan Princess Merida yang bakal dikahwinkan dengan salah seorang anak dari salah satu clan yang membentuk kerajaan dia..
Merida seorang yang tidak mengikut peraturan dan bukan seperti princess2 dalam fairy tales..
Dia suka memanah dan tidak suka akan etika2, dia suka kebebasan..
Perkahwinannya dirancang oleh ibunya, dan dia tidak mengikut kata ibunya..
Satu hari, Merida melarikan diri kerana didesak oleh ibunya untuk memilih siapa yang layak untuk menjadi suaminya..
Lalu dia mengikut arah cahaya penunggu ke satu rumah yang didiami oleh ahli sihir..
Merida meminta ahli sihir itu membuat sumpahan keatas ibunya supaya ibunya tidak mendesaknya untuk kahwin..
Malangnya, ibunya bertukar menjadi Beruang..

Ada satu dialog dalam cerita ini tapi aku tak ingat sangat..
'Teguhkan ikatan ...... dan aku tak ingat hahaha..
 Pengajaran yang aku dapat.. hargailah ibu bapa kita..
Bagi aku caerita ni 4 bintang.. lagi 1 bintang dah hilang entah ke mana hehehe...

Last review..

Introduction to Architecture / 건축학 개론


Dah lama aku nak tengok cerita ni.. akhirnya dapat..
Aku nak tengok sebab ramai mengatakan lakonan Suzy bagus + popularity dari Suzy?

Sinopsis:
Seon Yeon berjumpa dengan Seung Min untuk mendapatkan kihdmat mengubah suai rumah Seon Yeon..
Mulanya Seung Min tidak mengenali Seon Yeon kerana meraka hanya berjumpa pada semester pertama tahun pertama..
Bermulalah penceritaan flashback antara mereka..

Bagi aku cerita ni menarik walaupun selalu sangat cerita korea buat cerita flashback seperti My Girl and I (lakonan Chae Tae Hyun dengan Song Hye Kyo)
Malah cerita ini boleh diketogorikan sebagai cerita cinta yang tak kesampaian..
Bagi aku, lelaki, jika dah suka perlulah ambil langkah awal untuk menyatakannya dan bukan melarikan diri..
Malah akan melindungi perempuan yang disukai..
Apa-apa pun aku bagi 3 1/5.. sebab sama dengan movie2 cinta korea..

Cerita ini boleh di download.. 
Linknya ---> Medium Quality 


So aku harap apa yang ditaip oleh aku dapat memberi sedikit gambaran mengenai movie-movie diatas..
Hopefully.. buy original hahaha.. 

No comments: